Seram..
Goosebumps!
Silent..
Tu la gatal sangat nak tulis entri ni..
:)
Ok guys don't panic ok. Aku tak tahu kenapa hati tergerak nak tulis entri ni. Saje nak tahu dan nak beritahu pendapat serta pandangan. Orang kata kongsi pengalaman la. Baru2 ni aku melawat kawan boyfriend aku. Die penghidap cancer stage 4 (dah teruk). Kami sambut harijadi die yang ke 22 pada tarikh 17 December 2011. Dia sangat happy dan bertenaga.
Tapi bila 24 December 2011 kitaorang melawat balik. Dia dah terlantar tanpa suara. Nampak benar letih. Dan tanggal 28 December 2011 dia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5:10 pagi.
Al- Fatihah...
Dulu..arwah mak and makcik aku penghidap cancer. Perjalananye seakan sama dengan arwah ni. So bile berpengalaman menhadapi situasi ini. Aku jadi biasa. Lama-lama aku terfikir. Adakah bertuah apabila kita disahkan mengalami penyakit kronik dan dijangka dapat hidup..sekian..sekian bulan? Ataupun bala bagi seseorang itu mengalami kesakitan yang Maha Kuat yang orang lain tak merasainya?
Kita sebagai manusia tak pernah lekang dari dosa, maksiat dan sebagainya. Dan mungkin sesetengah orang dan juga aku sendiri sentiasa meminta pada Allah supaya aku diberikan satu waktu untuk bertaubat dan jika Allah itu mahu ambil aku. Ambil lah!
Alangkah indah kalau itu yang jadi. Bagi aku kalau sesiapa yang mengalami sakit kronik. Aku sentiasa senyum dan berkata pada diri sendiri "Dia itu bertuah". Dia sempat menebus dosanya, Dia sempat bertaubat pada Allah dan menambah amalan. Dan yang paling bertuah sekali, apabila kesakitan itu dapat dirasai pesakit itu maka gugurlah dosa2nya.
Kita dah tahu yang indah. Tapi kenapa ada orang yang masih menganggap itu ialah bala baginya. Tak suke rasa sakit. Tak suke terlantar. Tak suke makannye dipantang. Suma tak suke. Kalau tu TAK DAPEK DEN NAK NOLONG. Sebab kenapa aku kata ada orang macam ni ada? Hampir stengah tahun berulang alik dari pelbagai hospital aku dah cukup melihat gelagat pesakit. Cara dorang menerima. Ada yang termenung, ada yang memaki hamun, ada yang meratap menangis, ada yang lari spital pun ada haa.
Ape2 pun. Walau tak sakit, walau tak ada musibah kita kene tetap kene ingat Allah. Tapi kalau kita sakit, Allah bagi musibah kita hrus dan sentiasa mendekatkan diri padaNya supaya mudah untuk kita menghadapinya. Insyaallah.
:)
Hello world!
4 years ago