Monday, September 12, 2011

Sikap Segelintir..

Olla Readers! Meh sini jenguk2 PENABURUK sat, tuan tanah mau kongsi ini cerita. Mau tau? Xnk tau pun xpe tuan tanah nak kasi cerita juge. Haih.

Saje je nak melayan perasaan di kala jam dh ke angka 1 pagi ni ha. Mata xleh nk katup lg. Aduhh. Tadi baru jap, ber on9 di OLDTOWN with the kekasih hati, menyelongkar ruang2 kat google tu untk JAWATAN KOSONG! Erghh.

Bila cakap pasal kerja, hati manyak sakit wo. Terpampang satu muka yang aku rasa nk SMASH pakai kaki. Huh. Dulu aku tak pernah percaya pada perkataan MENINDAS, MENGANIAYA, MENIPU di kalangan orang2 kaya dan berjawatan tinggi. Sekarang bila kene batang hidung, Aduhhh! Sakitnye. Haih. Aku tak tahu sama ada orang lain penah kene mcm aku atau mengalami lebih teruk dari aku. Tapi apa yg aku kene ni memang sangat2 menyakitkan hati aku.

Aku tak sangka aku kene tipu ngn bos sendiri. Al maklumla budak PRAKTIKAL. Dia ingat aku still bodoh2 alang kot. Tu yg die berani buat tak betul tu. Before aku habis praktikal, macam2 die janji, nak jadikan PA permanent kat situ la, jadi trainer la and bla...bla...bla...Aduhh. Offer mana sebenarnye dia nak bg ni? So aku pun tak nak berangan lagi waktu tu. Dan bersetuju untuk tunggu berbincang ngan dia lepas naik raya.

Naik raya 5/9/2011. Excited. Aku sampai office 8.15. Office kosong lg waktu tu beb. Bila office start penuh pukul 9 pg. Aku menunggu ngan sabar bos aku panggil untuk berbincang. Aku tunggu sampaila pukul 4.30 ptg. Tak jugak dok panggil2. Ape lagi aku pun balik ngan hati hampa la.

Esoknya 6/9/2011. Pukul 9 pg. Dia dah panggil aku dah nak bincang pasal offer tu. Aku pun sengih la sampai ke telinga. Sekali ini yang aku dengar "Saya cuma nak bagitahu yg agency kita sekarang ni x mampu lagi nak bayar untuk awk jd PA permanent, yang kita mampu skarang ni sy akan jadikan awk PA partime, sye bayar RM 300 SEBULAN. Saya sebenarnya nak awak jadi agent sepenuh masa. Kita akan bagi tempoh percubaan pade awk selama sebulan." (Dialognye lebih kurang)

Berapa puluh ribu kali aku cakap aku TAK NAK jadi AGEN INSURANS! Aku ingat die hormat keputusan aku. But at the end of the day bende tuh gak die dok ulang. Tak paham bahasa ke? Ramai orang tnye kenapa aku tak nak jadi agen. Teruk sgt ke. Buruk sgt ke keje camni. No! Totally Not. Aku tak nafikan berapa puluh orang yang berjaya, dan menjadi kaya raya disebabkan jual insurance. Selama aku bkerja kat agency tu bermacam2 kisah hidup aku dgr. Bermacam2 kejayaan yg aku tengok. And I'm very proud to know them, and they really inspired me. Tapi benda ni bukan untuk aku. Bukan sebab aku pendiam, bukan sebab aku tak reti approach orang. Tapi sebab AKU TAK MAHU!

Setiap orang ada pilihan untuk pilih jalan mana untuk diorang capai kejayaan. Macam tu jugak aku. Yang aku geramnya, kenapa dari awal tak cakap yang kau tu tak mampu nak bayar aku. Aku tak marah. Tapi bila sekarang baru nak bagitahu tu dia, aku hangin tau x! Emosi dah. Cool. Cool. Sepanjang aku kerja kat situ, aku sentiasa nampak macam bos aku start pentingkan diri sendiri semata2 nak kejar sales. Bos aku baik. Sporting. Kitaorang memang macam family. Tapi bila berkait pasal sales dia terus BERTUKAR.

Aku cuma kecewa, diorang2 yang dah di tangga teratas ni patut hormat perasaan orang yang di bawah. I heard so many times about your lovely experience, waktu kau PAPA KEDANA, mana nak bagi MAKAN ANAK BINI, kau CEKALKAN MINDA kau, kau KUATKAN SEMANGAT kau untuk kaya raya macam sekarang, kau BANGGA apa yang kau ada sekarang, tapi patutke kau buat kat orang bawah kau macam ni WAHAI BOS? Cuba hormat keputusan kami. Jangan sesedap tabur janji, pastu tak pasal2 kau pusing cerita lain. Sekarang ni kau dah susahkan aku nak cari kerja tau!

Tak sangka cepat betul lupa ke diri. Huh. Tak pela. Mungkin hari ni kau susahkan aku. Mungkin esok Allah tu susahkan ko. Mana tau kan. Aku bukan mendoakan but.....

LIFE IS KARMA!

So sesiapa saja, yang paling diutamakan PRAKTICAL STUDENT. Jangan mudah percaya bila ditawarkan bekerja selagi tiada hitam putihnya. Jangan jadi macam aku cepat noo percaya cakap orang. Ingatla memang ada MANUSIA yang akan nampak apabila kita bekerja dengan bersungguh, rajin dan ikhlas. Tapi dalam nisbah...........

1:100 !

:)

No comments: